Friday, April 30, 2010

AVeNt StErILiZeR To LeT Go !!



Urgently want to sell this item.Avent Express Sterilizer new in box.
Get free 2 x 4oz bottle & 4 spare teats & delivery.
All for only RM270!!!

Calling calling !


SOLD!!



Thursday, April 29, 2010

JaKaRTa ..!!

ahahahahaha..
oh no!!
tak..saya tak pegi pun..setakat ni, tak terbuka hati lagi nak ke sana.
Semalam..adik saya ajak beli tiket ke Jakarta untuk bulan 10..
tapi sorry lah dear...
Jakarta..not in my list!!
kakakakakka!
mungkin lah suatu hari..siapa tau kan!

SeMaLaM ...

Hi all...
semalam saya cuti ngade2..
nak pegi MetroJaya warehouse sale punye pasal..
selalu saya pegi dulu kemudian masuk opis, tapi semalam malas betul nak pegi opis
sebab nak qada tido...malam sebelum tu..si Feesa batuk2 dan muntah pukul 1pagi.
tensen wooo bila suami takde time anak tak sihat..
naik turun tangga pegi bilik air lah..nak lap muntah la...
hmmmmm..apa nak buat..dalam ku membebel2..buat jugaklah. Dah anak kan!

Cerita warehouse sale...
takde best mana..sale macam yang kita boleh dapat kat Metrojaya tu sendiri..
takde lah sale yang macam tak boleh nak di lepaskan.
Kikikikiki...as for me..sale ni sungguh tak mengujakan..dalam tak mengujakan tu..habis jugak duit nak 100. HHmmmmm..menung kejap!

Apa lagi nak tulis kat sini..

oohh.... i miss my old friend Ina..nak call dia kejap!

Monday, April 26, 2010

KeWaNgAn - SeLePaS BeR SaRa !!

hhhmmmm....
lately asik terpikir..cukupkah duit simpanan dalam EPF untuk kami anak beranak selepas bersara..?? kalau kata selepas saya bersara, anak anak masih ada yang bersekolah.
Jawapan yang dah pasti adalah ...TIDAK CUKUP !!

hhhmmmm...
pikir lagi, sementara saya masih muda ni..apakah yang harus saya buat supaya saya dapat meningkatkan tabungan saya (yang tak meningkat ningkat tu) supaya menjadi sekadar "CUKUPLAH" atau "HAH..SANGAT CUKUP".

Just want to share here,
ada beberapa planning dah kami fikirkan untuk "cukupkan" duit persaraan kami tu nanti.
Antaranya, buat pelaburan ASB secara pinjaman. Setakat ni..setelah di kaji semua, CIMB menawarkan kadar bayaran balik yang paling murah antara bank- bank lain.
-Nanti ada orang cakap..still berhutang! Bagi saya tidak mengapa kerana saya takde hutang lain dah selain hutang rumah! So Why not kan!
Lagi satu..saya ni jenis pemalas sesangat nak mengulang ke bank atau pejabat pos tetiap bulan, setakat nak simpan duit tu selalu saya tangguhkan. Nak bayar hutang tu macam tu jugak...dah memang pemalas nak kata apa kan?? Tapi kalau hutang..tetap bayar tau!

Lagi satu...
mungkin nak invest dalam public mutual investment..sekarang..kalau Acct 2 EPF sudah melebihi 9k..boleh invest dalam Public Mutual ni. Faedah pun tinggi dah di jamin mendapat pulangan dan rasanya masuk dalam kategori "HAH..SANGAT CUKUP" bila bersara kelak.

Lain - lain yang tak berapa saya nak pikir sangat...
Invest dalam dana Emas...yang ini bagus jugak..cuma every time nak tambah invesment..kenalah ikut harga emas. Adakah harga emas akan jadi RM200/gm.
Wow!! Tak bergelang rantai lah haku jawabnya!


Cuma satu yang harus dijauhkan...
Simpanan hari tua kita tidak sepatutnya berada di dalam share market!

Saya nak kongsi2....kot lah ada antara you all yang tak pikir lagi.

Bye!

UmaR ZiDan TuRnS 13 MonThs!

Hello..
semalam 25hb..Umar Zidan dah masuk umur 13 bulan.
Benornya dah boleh jalan..tapi malas sebab agak terhegeh hegeh nak menapak.
So dia lagi suka merangkak....laju tau dia merangkak! Lagi laju dari dia berjalan.
HHmmm...so mama tak belilah lagi kasut untuk dia.
Lagi pandai apa dah yer...ooooo...sekarang suka nyebut..Ma...mama! lembut sangat..alolololo sangat comel bunyiknya.Mesti rakam & kasi tepek kat sini satu kali.
Tapi la ni memang susah nak snap gambar dia..sebab dia yang nak pegang camera..konon2 dia yang nak tangkap gambor. Heh! budak sekarang..macam ni rupanya!

Kalau sebut papa..dah boleh jugak..tapi macam lupa kot..asik sebut mama jer walaupun pegi kat papa. Dah pandai "sayang" orang kalau kita suruh dia sayang. Dia akan lekatkan pipi dia pada pipi kita. Aaarrgghhh..so touching moment kalau dia buat gitu tetiap pagi. (kalau sempat ler)

Sebut kakak?? boleh la jugak..tapi bunyiknya... "tatak"...eeeii jangan pelat udah la yer!
Sebut nenek....ooo...perkataan nenek telah ditranslate menjadi "opah"..jadi orang Perak kamu yer nak!!

HHmmmm.....kalau ada apa apa catatan yang terlupa nanti update next month!
Eehhh.....gigi still 2 batang!


Ini gambar masa pegi Teluk Batik last 2 months kot..bersama maknya yang tembam.Apasal eeekkk..ku ni muka tembam? Benci tau..oopppss!! lari topik pulak!


StEP 2 - PuSh BuGGy !!



hi all
cute tak push buggy ni?? walla...mak budak ni macam ala ala termimpi2 menolak Umar Zidan dalam tu.
Eeeiiiii...meroyan wish list datang lagik!!


Friday, April 23, 2010

PuReeN WaReHoUsE SaLe DaTaNg Lagi .....

tapi....
uuwaaaa...

kenapa tak dapat cheque gaji lagi.

Punah harapan!

Thursday, April 22, 2010

TeTiBa nYa SaYA NaK ....

Hello....
tetibanya saya teringin nak pakai kaca mata berbingkai merah/meroon atau seperti di bawah ini.
Kan dah cakap..bila hutang mula nak nipis..ada ajer yang ngade2 nak buat wishlist..sesungguhnya syaiton itu ada di mana mana!





hhmmmm...padahal baru jer kan buat spec bulan 12 itu hari.Ini hari dah ngade2 keluar wishlist bagai. ini namanya wishlist mintak penampau! tak reti2 nak dok diam seminit..pantang jer!!
Haku ler tu..!! hik hik!






SeMaLaM YaNg SuRaM ...

Assalamualaikum...
semalam..saya tak sihat..macam demam tapi tak panas.
Mata asik kuyu seperti orang tertelan pill tidur.
Selesai menyiapkan Nafeesa untuk ke sekolah..saya menggosok baju untuk ke office..
selepas itu, melayan kerenah Umar Zidan sampai pukul 8.40 pagi..
kini giliran papa Am pulak buat rutin dia, bawak Umar Zidan naik motorsikal ronda2 satu seksyen!
Dengan pesanan, terus post ini budak pegi umah Acik Peah!
Selepas itu, terus tutup pintu dan naik atas bilik dan tidur.

Sesedar dari lelap, pukul 1110, telefon bimbit berderingan menyanyikan deringan.Bingit!! Lepas tu senyap sendiri, tak larat nak angkat, baru aku nak masuk gear satu sembung tidur, telefon berdering lagi..Si Jesmani Johari telepon aku pulak...tanya barang HKL bila nak siap.Ahhhhh...pegi lantak..aku cakap, esok aku call depa! Asik nak barang urgent..tapi bagi order lambat,,suka menyusahkan aku tatkala aku demam!


Lepas tu, sambung tidur semula sehingga pukul 245. Haaaa...dasat tak???
Dari pagi sampai petang ku tidur.

So now, i'm back to pre normal attitude. Sebab pagi tadi masa datang opis naik kereta pun haku tidur.So..agak tidak normal di situ!!





Tuesday, April 20, 2010

BaYaRaN AnSuRAn RuMaH MeLaLuI KWSP...

haah..
orang lain dah buat kot..
kami baru terhegeh hegeh nak buat..
so, semalam telah pegi ke bank di mana kami buat pinjaman perumahan
isi satu form dan tunggu lagi 3 minggu.
Nanti kalau dah terima form tu..bawa ke KWSP!
Yeeaayyy..lepas tu ..saya harap saya boleh bebas hutang selama 2 tahun at least kerana telah meng advance kan bayaran ansuran rumah.

Happynya saya..bebas hutang untuk 2 tahun!!
oohhh!! (tetiba muncul wishlist macam cendawan)

Monday, April 19, 2010

DiA NaK JaLaN DaH ...

lalalalalala...
by this time..
si bujang senang kenit kat rumah tu dah start menapak 4-5 tapak dan kemudian duduk secara mengejut.

hhhmmm....rasanya bebudak ni dua beradik sama jer lah...umur 13 bulan dah mula berjalan2 jatuh. Dulu Feesa pun gitu..!!
OOhhhh!! cepat sikit yer berjalan jalan...mama ni sibuk nak belikan kamu kasut!


ini time muka masih suci dalam syurga lagi.Tidur enak jer..baeekk jer..aman jer dunia mama masa tu!

Sekarang.....ala ala gerhana la jugak..lasak nya lah kamu nak ooiii!! tempat feveret, di celah celah belakang TV atau mana mana wayar letrik.
Adoi laaa....atok kata kamu nak keje TNB ker esok besar??



Friday, April 16, 2010

TeRiNgiNNya !!

huwaaaaa!!
tekak ni asik teringin nak makan kek.
Nak beli lah ! kalau rajin.....

Thursday, April 15, 2010

SaJe - SaJe !!




Ini versi ngade2 tau...jangan muntah okkey! Cuma lately macam selalu jer nampak retis kat Malaysia ni pakai handbag cam ini. Dalam drama kat TV lah..secara live aii ni jarang terserempak retis. Cantik tak puan puan sekelian?? Yang di atas ni, gambar telah di copy cat dari website Gucci.Harga jgn tanya..nak seribu duit Yamalika..kalau duit Tanah Melayu ni pun aii tak mampu nak beli..ini kan pulak!
So...ada tak bag yang begini rupa tapi tak begini regenya kat Tanah Melayu ni?? Yang down grade punya lah..
tak kiralah cap aper pun..kalau begini rupanya aii nak lerr..nanti bagi tau yer.


ini apahal pulak?? Nak beli basikal ker??
tak la...sesambil menjelajah website Gucci tu tadi..ada pulak depa ni jual basikal.
Huiiii....jgn tak caya..regenya $3600++ duit Yamalika..kalau duit Tanah Melayu dah jadi berapa??
Baik tak payah, mahal2 tapi still kena kayuh. Baik beli motor jer.
Tapi kalau orang banyak duit tak jadi hal kot, aii jer berkira2 bertapa membazirnya beli basikal cantik ni.Nanti tengah berkayuh, di culik orang pulak.

Hik!hik!...



sajer memebel!




PaNaS!! PaNaS!!

Salam..
aha
lately waktu malam panas tak korang??
kat rumahku..panas yang amat..terutama pukul 8 lebih nak ke 9 lebih gitu..
kami kalau dah panas2 membahang ajer kat bawah tu..haruslah naik ke bilik atas dan on aircond.
Kekanak riang berdua tu siaplah..turun naik katil macam naik turun tangga...letih mak nengok! Lagi2 si kenit tu! Lasak weh..dia naik push car atas katil mak!! Huuuwaaaaa!! Jahanam spring tilam mak!

Okeylah..nak sambung kemas meja office ni..dah menimbun kertas tak guna atas dan bawah meja ni. Dah tiba masanya ku nak buat Spring Cleaning of the Month! Kekekekeke...actually baru jer kemas..masa tahun baru hari tu..tapi ni dah menimbun semula.
Haruslah kan..nanti cik Lips buat drawer2 hakak ni macam rumahtangga kampung halaman dia.
Mencik wehh!!



Wednesday, April 14, 2010

ApA CeRiTa TaNaH Kg BaRu ??

Ntah...
konon ura-ura kerajaan nak beli untuk pembangunan.
Sayangnya lah....
dah lah tengah kotaraya..kalau di jual..bukan Melayu pun yang banyak harta kat situ..
sure lah bangsa lain dan pelabur luar.

Ada kene mengena ker????
adalah!! ayahkku ada tanah berketurunan kat sana..kat jalan deretan kedai makan tu..lebih kurang belakang hostel UTM. Tapi memang sah kat tempat yang paling sibuk itu lah.

Tanah tu dah di grant kan sejak tahun 1902.
Waaaaa...atuk nenek ku orang zaman "purbakala" ngko (adoi la cucu cicit saper lah ni??)!!
Sebab...my own atuk (ayahku punya ayah) lahir tahun 1896! Aiiiyoooo!!

Yang pasti..........
aku tau sebab apa aku hitam??????????????





sebab moyang aku (nenek ayah) namanya







HITAM!!





..

..

..

..

..

..

huuuwaaaaa!!!

ORiGiNaL - ArAi ViNtaGe !!



korang..sila tengok betapa cunnya helmet ku ini.
Dulu...pakwe ku beli helmet ni harganya RM850... untuk buah hati pengarang jantungnya ni pakai. Supaya kepala ku ini dilindungi oleh helmet yang paling bagus safetynya.
Akibat dah terlebih safety..maka..setelah ku nikahi pakwe itu...kami pun dah beralih arah untuk tidak meranggi ranggi lagi di jalan raya.
So helmet ini dah di simpan di atas lemari.


Dan kerana kepala terlebih safety ni jugak ...haku ni macam pandai terlebih suda..
sekarang mau let go ini helmet - Arai Vintage.

Harga RM550/nego...jangan mintak kurang sampai aku naik degree sudah!!
SMS or Call 012-2361090

JenUh Laa NaK TePeK SiGnAtUrE KoNoN !!

hehehehehe!!
lembam IT sungguh la ni....
jenuh hakak mengelik segala mala tok nenek tenet ni..
maka terciptalah signature dengan bantuan wizard of Oz!

hadoi la..semakin melembam otak hakak ngko ni.Baru 3WD!




Tuesday, April 13, 2010

JuMbLe SaLe !!

Bila ???
24/4/2010 di Seksyen 7
Lokasi sebenar..nanti saya confirm semula.

Cadangnya...
saya nak join ini jumble sale..nak clear out barang2 yg masih elok dan baru yang ada kat rumah saya untuk di jual.
Al maklum saya ni kan junk collector..makanya..adalah sesuatu yang masih boleh di let go untuk orang lain pulak.

Macam nak promo salmon jugak di sana nanti.
I will come back with the full info !

Monday, April 12, 2010

GaTaL2 La PuLak !!

Hadoi laaa....
satu satu masalah hambe ni...
itu hari tempat tangan yang bergam sebab luka tu..telah hambe hansaplast kan...
makanya...ambik koo!! ia telah mengakibatkan kegatalan setelah gam hansaplast ni di cabut..ker sebab bulu2 romaku tercabut sekali???

hadoi laaaaa.....gatal wehh!! sampai berbiji2 pulak..
hadooi laaaa!!

Friday, April 9, 2010

OOii PoKai!!

HHmmm...betul ker dah nak raya??
kakakakaka!!
ramai ku dengar orang nak pi shopping sana sini prepare untuk hari raya.
For me..kemeriahan tahun ni mungkin tak sama dari tahun2 sebelum ini..dari segi sambutan mungkin sama..dari segi perbelanjaan...banyak yang kurang dan harus dikurangkan.

Pasal apa??? pasal papa Feesa cuti kerja tanpa gaji selama 3 bulan.
Makanya kami anak beranak kenalah ikat perut dan napsu napsi yang selama ini menguasi minda. Bagus betul treatment yang laki aku ajor ni!!(sesambil membrowsing segala mala website..sesambil tu jugak lap air liuq)

So..apa yer caranya nak menambah pendapatan keluarga??
Nak mintak sedekah..macam tak banyak dah port yang sesuai sekarang ni..silap2 kena angkut ngan Bandaraya - so cancel!!
Jual salmon - menjual la jugak..dapatlah kami makan salmon 2 keping sebulan.
Nak menjahit...hhmmmm pikir lah dulu sampai esok pun..takkan jadinya.

Ker nak tukar kerja???????
hahahahaha....yang ni aii maca setuju..okkey..browsing for new job!!




KeMaLaNgAn !!

Huuwaaaa...
semalam aii MC!
sebab malam sebelumnya.....
semasa saya nak ambil air sembahyang waktu maghrib.
semasa sedang membasuh tangan..tiba2 tangan saya ni terhantuk kat tile bilik air tu..ala ala macam menumbuk dinding la konon!
tetapi! tetapi!tetapi!
tumbukan itu telah mengoyakkan daging di kulit tangan saya
cemana eekk nak describe!! kalau korang buat penumbuk...kat depan tulang jari telunjuk tu lah..tersiat kulit den..melimpah darah..lansung tak jadik sembahyang.
Call Am cepat2 suruh pulang ke rumah hantor bini pi klinik.
Sampai klinik...cakap ngan doktor...saya tak mau kena jahit.Woooo..ngeri!!
tapi si 2 beranak (Feesa & Am)..sibuk suruh doktor jahit tangan ku..
ewah2....suka2 korang 2 beranak yer..nanti aku suruh doktor jahit mulut korang!

Akhirnya doktor telah gam itu kulit supaya tak terbuka.

Huuwaaaa..pedih la jugak...
tapi now agak ok.cuma tak boleh bergerak cergas benor nak buat kerja..
nanti kulit tu terbuka semula.


huhuhuhu!

Wednesday, April 7, 2010

PeRiLaKu SuMbAnG BuDaK TaK CuKuP AkAL!!

ooohhh..tensionnya hati ni sejak semalam.
Semalam saya balik ke rumah naik komuter pukul 5 petang..
dalam komuter dah sesak orang...
saya berdiri berdekatan pintu menghadap sepasang remaja tak cukup akal yang "enak" bercengkerama di depan khalayak *WTH*!!!

Kenana begitu nipis perasaan malu pada manusia lain yang melihat...??
saya ni dah berdehem2 2, 3 kali tanda sakit hati..tapi si jantan tak cukup akal ni elok jer memeluk si pompuan tu..si budak pompuan kelihatan seperti sedikit mendiam diri tanpa respon..konon merajuk kot. OOiiiiii...nak kiamat dah ker????

Saya berhenti di Stesen Padang Jawa, makanya ada 2 stesen lagi sebelum destinasi saya.Semasa berhenti di stesen Shah Alam, ramai yang keluar dan saya mendengar seorang lelaki menegur pasangan tak cukup akal ni
"dik, sopan sikit..malu" dengan nada yang menyindir...
maka..degree hakak ni pun dah naik (muala dah ni) ...hakak pun join sekali.."hah baguslah..menyampah aku" sambil berjalan jauh sikit untuk duduk.

Kat tempat duduk tu...haku telah membebel dengan kuatnya (aku agak lah) mengomen tentang perilaku perangai remaja berkenaan yang dah stop pun buat gitu.Dia takut nak memandang haku..sebab haku dok jeling maut sambil membebel.

Budak sebelah ku ni pulak boleh reply "biasalah kak, budak baru nak naik..dia buat..dia dapat dosa" *WTH* punya reply yang buat aku punya degree naik 10 darjah lagi.
Hakak ko ni hangin la..."dosa tu dah tentu, tapi macam takde akal, tak pegi sekolah ker, tak tau malu lansung..ini tempat awam..takde otak ker..ntah tak paham aku, budak sekarang banyak yang bodoh ker haper".

Diam budak sebelah tu..sambil dia layankan jugaklah hakak ko ni membebel.

Oohhhh!! Apa nak jadi manusia zaman ini???? Semakin nipis iman tu dah tentu..tapi tebalkan lah jugak muka tu..tatasusila kena jaga..awak orang Melayu..jangan letakkan maruah di tepi jalan..sebab binatang ajer yang nak beromen bersepah sepah ni.

Haiiihhhhh!! Naik darah tinggi aku...

Ya Allah Ya Tuhanku..jauhkan lah zuriatku daripada maksiat di dunia dan hasutan syaitan!!

Monday, April 5, 2010

EaRtH QuAke !!

Bukan kat Malaysia..
tapi kat Mexico..
betul yer?? sebab kawan alam maya beritahu yang earth quake terasa di rumah beliau di LA.
Berikutan gempa yang berlaku di Mexico..7.2 on scale.
Mintak mintak kalian di sana semua selamat!

Haaa....PiNk KeR??



hihihihi...it's actually like this! The colour..hhhmmmm..similar to pink I guess..but not so!
huuwwaaa..why so worry...mama is going to buy a new cover seat soon!!
muahahahahaha!!

Hai PeLaWaT BlOg !!

Hi all...
kepada semua pelawat blog saya, dalam dan luar negara..
tinggalkan lah jejak ..
saya ni suka tau nak berkenalan dengan mana mana orang
lagi2 yang dok obersea..
al maklum..
macam saya ni takde duit tau nak pegi obersea...
setakat naik kapal sekejap2 tu adalah...
lagi2 tempat mat2 salleh ni..tak pernah jejak!

Saya nampak a few visitor from USA, dan ada satu tu dari Asia Pacific..
di manakah lokasinya tu???
tengah laut ka....sampai takde nama pulak nama negaranya...

Kalau yang dari DOHA tu..dah tentulah makcikku yang satu itu....harap makcikku sihat2 selalu!

Jangan malu2 yer..saya memang muka tak malu...suka jer menayang harta benda..
muahahahahaha!!

Cheers !

PenCarIan SuDaH BeRAkHiR !!



hahahaha...
ffuuhhhh lega... pencarian car seat untuk Umar Zidan telah berakhir!
Baru mak dia tido lena tanpa mimpi car seat lagik!

Tapi masih ada mimpi ngeri bila si kakak yg duduk dalam tu...
huuwwaaaa!!!!



Thursday, April 1, 2010

SaJe - SaJe !!




mak budak yang tak de kerja asik mengupdate blog aje...
gambar atas, gamabr Umar Zidan pagi tadi.

Gambar baju..
motip ?? - sajer mengada-
Koleksi baju Umar Zidan atas pemberian ikhlas sempena harijadinya.
Huuuwaaaa..semakin menimbun baju mu anak!!


Umar Dapat Hadiah !!

video

Relax jer dia..lepas tu macam tak minat dah!

Popular Posts