Wednesday, March 31, 2010

UmAr ZiDaN MaKaN KeK !!

video

PrE - ORdEr SaLMoN !!

Hi all..
hari Jumaat ni Ammi nak membeli salmon lagi
masih banyak permintaan yang kena dipenuhi..setelah semua projek selesai
sekarang masa untuk membeli salmon.
Huuwaaa..Ammi pun lama dah tak menyantap salmon.

Harga baru - RM35/kg.

Thanks all!

Tuesday, March 30, 2010

oooHH! Si bUjANg sELaMaT !!





alahai..
you all tengok lah yer..semakin melasak si bujang selamat sorang ni...
dia akan naik meja kecik ni melalui sebuah container isi bedak kat lantai tu..duduk atas keyboard sambil mengoncang monitor.
Selepas itu, turun di celah2 meja sampai meja itu tertolak sikit..asal badan cikeding dia muat!

OOhhh!! sabor aje lah!!


Monday, March 29, 2010

BiRtHdaY BaSh PhoTo !








Salam.
sedikit sebanyak gambar masa birthday hari Sabtu yang lepas.
Terima kasih buat kawan2 yang sudi datang. Next time belum tentu nak buat lagi birthday party.Penat weh!!

Sunday, March 28, 2010

SeLeSai PuN !!

Salam,
semalam petang dah selesai pun majlis kecil - kecilan birthday party Umar Zidan & mamanya ni. Dah alang alang sama bulan, teruskan ajer lah niat suci ittew (ooii..suci la benor cik Ammi oiii).
Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang, dan jugak kepada tetamu yang bawak buah tangan untuk Umar Zidan.
Lain kali kalau cik Ammi buat majlis jangan serik-serik datang lagi.

Wednesday, March 24, 2010

He's FuN To Be OnE !!


Assalammualaikum to all,
today is Umar Zidan 1st Birthday!
Sangat bersejarah untuk kami sekeluarga dan kemudian mulai dari detik ini Umar Zidan akan terus membesar dan meningkat usia.

Harapan mama & papa, semoga Umar Zidan menjadi anak yang soleh dan bijaksana serta seimbang ilmu dan iman di dunia dan akhirat.

Pagi tadi, selepas bangun tidur, mama dan papa dah hulurkan hadiah untuk Umar Zidan, actually dah tunjuk pun semalam, cuma tak keluarkan dari kotak untuk dia main.Tapi pagi ni telah dirasmikan dengan jayanya. Dia telah terbalikkan robot itu dan tengok cemana rodanya berpusing.Adoi la!!

Kami bercadang nak buat 1st birthday party untuk Umar Zidan pada hari Sabtu ini, pukul 430.
So kepada sesiapa yang molek2 tak kemana tu, jemputlah datang yer, saya ikhlas menerima sesiapa pun, walau tau you all ni semua mesti malu2.Kikikikiki!
Contact Ammi dulu yer.Senang Ammi nak prepare segala.



Haaa..inilah kengkonon outfit birthday boy on the party day!




Haaaa..ini pulak hadiah dari papa & mama, kakak Feesa tak nampak lagi nih.Lepas ni habislah kena kekah ngan kakak robot Umar ni.



Hi, I'm officially turn 1 today, don't count my age by month any more yeaahh!


* kebijaksanaan sekarang : asik nak mintak berdokong ajer (bijak ker??)
pandai dah tunjuk motor setiap pagi, nak naik motor dulu jalan2 kaedahnya!
kadang2 nak berdiri lepas tangan, selalunya tak nak pon!
suka makan...apa sahaja boleh di makan.Malam tadi kami makan nasik..dia pun cekup nasik kita dalam pinggan.Hadoi la...!!






Posted by Picasa

AkSi PaLiNg MeLaMpAu SaMpAi TaK MaMpU Nak DeScRiBe !!

Ya ampun.....!!
haku ni memang laarrr....
selamat ajer masih di berkati Allah..macam - macam koleksi aksi terlampau ku yang tak masuk akal.
so pagi ini..pergi breakfast ngan Am kat sebuah kedai di perkarangan Masjid Shah Alam..
masa nak keluar dari kedai tu...

haku adalah telah tersilap langkah dengan tidak terperasankan satu anak tangga...
makanya..aksi terlampau abad ini pun terjadi..selamat ajer tak terakam.
Haku ni telah hampir terhumban 3-4 tapak ke depan tetapi masih berjaya mengawal gerakan (chheeeehhh!!) dari tersungkur ke jalan..sampai dah terbongkok ngko!! Tak hebat tu!

HHuuuwwwwaaaaa!! Malunya tak boleh nak describe dah..selamat lagi laki ku tak nampak..kalau tak sure kena gelak syaiton tak henti2..!!

Lepas tu terus naik motor dan sarung helmet..(malu beb)..tetapi...jeng, jeng, jeng..
seorang makcik ni datang dan lalu depan kami untuk masuk ke kedai tu sambil pandang haku dan tengok sekitar tangga tu. Apa makna tu??

huuuwaaaaaaaaaa!! nangis lagi..aku agak makcik tu nampak lah aksi aku tadi..
malllluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nya..atas motor ku asik jerit2 macam sawan kejap sebab malu yg teramat sangat..itu tak tengok belakang lagi..mesti ramai lagi yang melihat aksi aku dari belakang.Ohh Tuhan..tak nak aku minum kat kedai tu lagi at least for another 2 months!




TariKh InI PaDa TaHuN LaLu ....

hahahahaha...
Pada tarikh ini ..24hb Mac (2009)
saya sedang sarat membawa muatan jasad di dalam perut yang tinggi membukit.
Masih lagi di office menyiapkan kerja - kerja sebelum waktunya..
masih memikirkan banyak lagi kerja yang harus di selesaikan di rumah sebelum tiba masanya.

Ini pulak catatan saya pada tarikh yang sama pada tahun lalu.

Rasa macam sekejap ajer masa itu berlalu pergi..tup tup..dah umur 30 tahun ni!

Akan bersambung!

Tuesday, March 23, 2010

i'm OffiCiaLLy TuRNs 30!!

yayayayaya..
yesterday ..22nd March 2010
i'm officially turns 30!!
huuuwaaaaa !! tua dah rasanya...
some people said, it just only a numbers!!
But hey...this number is presented my age..mestilah aii sedih2...huhuhuhu!
wakakakaka...!! mana ada orang makin lama makin muda..?? kalau umur tu statik gitu ajer..namanya orang dah mati.

So..setelah menjelang umur 30 ni..
aii mestilah lebih matang, dari banyak segi. Ohhh..kadang2 memang selalu buat keputusan tak matang. Haruslah malu pada diri sendiri yer.

Hadiah?????
shhooooooouuuuuu!! Tak payah tanya...sebab tak ada hadiah pon (huhuuu, sedih aii tau)
dan semalam aii telah meng'expressed' kan my feeling itu kepada seseorang.
Hhhmmm...tak payah di ungkit lagi..aii tak kisah pun..walau dalam hati kisah bebenor!!
kakakakaka!
My life is such a simple...tapi kadang2 trouble!

So, semalam..me & my hubby telah pegi makan2 & jalan berdua duaan di Mid Valley..kami ke sana pun naik komuter dan makan di Tony Romas sahaja..semalam punyer set adalah sangat tak sedap..aii meloya sampai malam tadi. Aii makan beef rib..terlalu lemak dan meloyakan..uuwweeekkk!
Next time tak mau dah makan kat sini.



Haaaa...ha....
Happy birthday to me!


Sunday, March 21, 2010

PoStiNG nO : 444 !

hahahahaha...
hi all...saya kat kampung ni..
ada kenduri sepupu Am...dah ada di sini sejak petang Jumaat.
Tak de mende nak cerita sebab kejap lagi kami nak balik Shah Alam semula.
Bye!

Thursday, March 18, 2010

ApaRtMeNt UnTuK Di SeWa !!

Lokasi : Apartment Perdana Seksyen 13, Shah Alam (berhadapan Giant 13)
No Unit : 4-04-06
Deposit : 2+1
Sewa Bulanan : RM600 termasuk maintenance fees

Sila contact saya.

KeSiaN UmaR !!

sejak hari Isnin asik cirit birit
ada tu pukul 6 pagi dia dah sakit perut..
ingatkan biasa2 jerk..
sekali sampai basah tilam dan selimut, so terus mandikan dia pukul 615 pagi.
Hari ni sekali lagi..tapi mama dah standby....
so dia mandi awal jugak pagi ni...
kesian dia..nampak sedikit lesu..
40% aktif dah berkurangan.
semoga Umar cepat sembuh.

Tuesday, March 16, 2010

Oohhhh SuNGGuH Laa AkU NiE !!

Hai all.....
tajuk apekah di atas itu???
oohhh...sungguh laa aku nie seorang yang "pemalas"!
Dari segi apa????
Banyak segi jugak..kadang bersegi2 sampai tak tau dah nama segi apa?? kekekekeke
Yang paling ketara..haku sungguh la orang yang tak pandai merias diri...
ala kadar sesangat..sampai kadang malu sendiri...
tapi selesa la pulak.
Contohnya : Memakai baju yang ada kesan lobang ketika berjumpa dengan kawan2 blogger dan forum! (malas carik baju cantik kalau nak jumpa orang)
Contoh lagi....tidak memakai bedak atau gincu ketika pergi kenduri kendara dan jugak ke office...!!
(oohh..malas...asal dah siap sudah)
Satu lagi contoh : Malas nak cuci muka dengan produk kecantikan yg melambak di pasaran.

Lagi satu...jarang sangat membeli untuk diri sendiri...
kalau tiba nak beli..yang high class sajer...dah sah2 aku tak mampu..mampu nengok jer dalam website. Kemudian, perasaan nak membeli tu pun berkurangan dan pudar dengan sendirinya.
Waaaaa....adalah bagus rasanya menjadi diri aku ni. Jimat beb!
Ohhh..kalau nak tahu..ku sedang menunggu handbag Guess ku kering setelah ku berus kasik bersih sikit. Maklum lah,,,beg kain, cepat kotor kan??
Korang ada tak basuh beg tangan korang yang jenis kain??
ker aku sorang jer yang buat gitu??

uhuks..uhuks...!

Align Center

Monday, March 15, 2010

PeNiNg !

Asik lah pening bila ada benda yang kita nak beli..tapi kena survey betul2..
asiklah keluar masuk website
PC ni kalau tenung lama2 boleh biol..barang yang nak di beli pulak..kena tepati macam2 kriteria.Ketat sungguh..
kalau nama cik Ammi...
tak cukup kriteria..tak boleh beli!
Ohhh..am i too fussy?? Sometimes YES & sometimes NO!
Kalau bab2 nak mengeluarkan belanja yang lebih sikit, haruslah fussy melebih2. Ohh..jangan tak kenal..it's me!
So...kepeningan sekarang ialah sedang mencari a new car seat untuk Umar Zidan. Sedang merikki semurah mana car seat brand ittew (yg mak dia meroyan ni) ada di serata alam ni.
2nd solution with used car seat, murah tapi masih ok dan yang penting...brand sama, kualiti still superb!

HaI aLL !!

Oohhh!!
saya ada kerja baru..menjadi correspondent untuk survey2 yang di buat syarikat tertentu.
Best okkey! Sebab dapat uwang!! semakin menjadi2 lah kerja shoppingku lepas ni..
Hmmmm.....
Takde mende lah nak story, takde mood nak menaip..
asik nak buat survey sana sini untuk big agenda before ned of this month!
Tunggu tau!

Thursday, March 11, 2010

CaR SeaT FoR UmAr !!

hhhhmmmmmm...
Umar dah nak masuk 1 tahun..so saya nak kena carik 1 car seat yang sesuai untuk dia.
Sekarang dia masih duduk dalam infant carrier..yang dah macam tak selesa untuk dia, kalau tak duduk dalam seat tu...lagi membuas dia dalam kereta. Kalau duduk berpangku dengan mamanya kat depan, nak terjah pi kat papa pulak. Nak buat apa?? nak pulas stereng la....nak bawak kereta pulak!
Pernah sekali....masa dia di pangku..ntah macam mana tetiba kereta kami macam bergerak perlahan tiba tiba...
rupa2 nya...si kenit ittew telah me Neutral kan gear ..makanya tekan minyak pun tak gerak la....
haru tau budak Umar ni kalau dapat duduk depan.
Antara pilihan kalbu mamanya...ngade2 ngidam bole???
Cun kan??




Terbaru daripada Maxi Cosi - Maxi Cosi Pearl - Lapis Blue

atau yang ini, muat ker tak yer masuk dalam kereta??

Tapi yang lebih penting..cukup ker tak yer budget mama ni???

huhuhuhu..

SaLMoN StoCK AkHiR !!

Hai all..
esok saya nak beli salmon..
dan buat kali terakhirnya dapat harga RM30/kg
so...last minute call untuk mereka yang nak beli..
jangan lambat2 yer..
lepas ni harganya akan jadi RM35/kg.
Sekian.

Tuesday, March 9, 2010

IkLaN RuMaH SeWa !!

Hai...saya ni dah jadi macam2 la pulak yer..serba serbi ada..macam traders dah!

Sekarang nak iklan rumah untuk di sewa pulak.

Location : USJ 3, Subang Jaya
Residence Type : 1 and half story terrace house
Rental Fees : RM780 (nego)
Deposit : 2 + 1

Sesiapa yang berminat, sila contact saya untuk temujanji melihat rumah.
email : amminafeesa@yahoo.com
atau hubungi Encik Jasmani (013-363 2700)

Monday, March 8, 2010

CeRiTa Apa HaRuS aDa Di bLoG KiTa ??

hi all....
sajer nak menceceh di blog sendiri..buat ingatan untuk diri sendiri juga..!!
kebanyakan kawan2 blog saya menceritakan kisah kehidupan rumahtangga/keluarga mereka yang penuh ceria...
kadang ada jugak panas gersangnya, tapi tak pulak di olah secara melampau2. Begitulah adat orang berumah tangga kan? Jangan buka aib suami/keluarga kita. walau kita punya hak..hak untuk bersuara, tapi jangan sesekali melanggar perintah Allah.
Kalau nak meluahkan perasaan tu..eloklah berkias2 sikit bahasa tu..
jangan keterlaluan, melebih2 tak ingat tuhan!

Saya menghormati pendirian sesetangah orang yang menegakkan haknya untuk bebas menulis dalam blog mereka sendiri.
Dan mereka jugak haruslah menghormati apa yang saya tulis ni..
penulisan kita di laman sosial begini adalah tanggungjawab kita kepada diri sendiri, orang ramai, negara dan Tuhan. (melebih2 la pulak)
Kalau tak..takkan ada yang kena panggil polis bila pandai sangat menulis macam2 yang tak patut kan.Hahahahaha! So beringat....!!

...sajer merepek untuk diri sendiri...harap tak makin jauh dari Tuhan!

CeRiTa TaKdE GaMbAr !!

Hi all
hujung minggu yang lalu..
hari Sabtu kami jalan2 naik kenderaan awam, LRT dari Kelana Jaya ke KLCC.
kakakakaka..ngade2 kan...sajer nak bersuka ria dengan anak anak.
Dari LRT Kelana Jaya sampai ke KLCC cuma 30 mnit jer..ker tak sampai, sebab Umar Zidan elok jer duduk dalam stroller dan tak mengeluh pun.

Sampai2 jer anak dara dah pow nak naik Thomas pusing2 tu..rupanya si kenit pun dah berani duduk dalam tu, waaaaa, dangerous ni! Harus kopak hakak lepas ni kalau jadik kan tabiat.

Ronda2 kejap, lepas tu pi makan kat food court...benornya nak carik Secret Receipe, tapi tak tau dah nak tuju ke mana>>?? Makan je lah Ayam Penyet yang tak sedap di dunia tu, takde kelas punya masakan pun berjual kat KLCC., hampeh tau!

Tak lama pun kami kat sana, dalam 830 dah mula nak balik ke LRT stesen, tapi kali ni ramai sikit orang dalam train tu. Kami tak dapat duduk untuk 5 minit pertama bila ada gadis yang sudi beri tempat duduk untuk Feesa, tapi malangnya, ana dara ngada2 tu nak jugak ajak mak nya duduk sekali.So berpangku2 lah kami dalam tren tu yer..GRRRRrrrr!

Ok la..nanti dah masuk gambar saya cerita pasal hari sukan Feesa pulak.Hari sukannya semalam..

Bye!

Friday, March 5, 2010

BuKiT MeLaWaTi !!

Haaaa..sesiapa anak jati Selangor, harus lah melawat Bukit Melawati kebanggaan kita ni, kubu terawal dan pusat pemerintahan kerajaan negeri Selangor suatu masa dahulu.Tapak sejarah kiranya. Saya sangat bangga dapat bawak anak2 dan suami menjejaki bukit ini yang mana suatu masa dulu, inilah tempat kami melawat bersama emak dan arwah nenek.
Al maklum..dekat jer ngan kampung mak..dalam 30 minit boleh sampai ke sini.

Naik trem okkey..kereta dah tak boleh bawak naik ke atas, kalau dulu kami naik kereta sampai ke puncak bukit. Bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2..baby Zidan = free!

Gambar kenangan ini mesti ada! Tangkap gambar di meriam buatan tangan.


Ramai yang datang cuma nak bagi monkey makan..apa daaaa...tak masuk akal aku kalau nak naik sana setakat nak nengok dan bagi monkey makan. Ohh apalah nasib percutian kami kali ni, asik jumpa ngan cik monkey jer.

Sila lah lihat..betapa glamernya monkey2 tersebut...di kerumuni peminat fanatik.



Hai Cik Feesa, asal naik trem aje kamu suka duduk tepi2, mama takut jatuh jer.

Kami jugak melawat Muzium Sejarah yang ada di Bkt Melawati ni..dengan harapan dapatlah merasa aircond sikit..malangnya mereka pasang air cond 1 ker 2 ajer dalam tu..sampai tak terasa sebab panas yang amat kat luar tu.
Lepas tu..kami pun balik ler...ada rezeki kami datang lagi.

CuTi2 AnAK BeRaNaK !!

Hai! Masa ni dah nak sampai, Hero kecik pun dah bangun tidur, selamat dia duduk aje sepanjang perjalanan.Good boy Umar! Kami ke Teluk Batik.

Chalet kami yang bawah sekali belah kiri tu..cantik kan..hehehehe luaran sahaja okkey! Jangan tertipu.Kat belakang tu penuh cik monkey!

Photo keluarga bahagia mandi laut.Sangat best pantai ni sampai saya pun tertarik nak mandi, selalu saya tak minat nak mandi laut. sampai terlupa yang saya cuma bawak tudung sehelai, habis basah kuyup.

The next day, early in the morning, jalan2 cari sarapan.

Ooohh..anak dara yang nakal....sian atuk..dia sajer nak rosakkan gambar katanya!




Am jumpa sotong masa tenagh mandi laut pagi tu..so saya suruh buat kolam kecil untuk simpan dia. Tapi akhirnya ...,Am lepaskan jugak ke laut.Nampak tak???


Love this photo!




OTW balik ke Shah Alam, kami singgah makan di sini, terletak di tanjung Karang ker K selangor..sebab dalam 3-4 km lagi dah nak sampai Jambatan Kuala Selangor tu menuju ke Klang, so gerai ni sebelah kiri jalan. Makan nasi ambeng (masakan Jawa)..phhuuuhh..sedap giler!1 Harus cuba bagi sesiapa yang lalu sana. Air Limau Asam Boi tu pun sungguh la menyejukkan tekak yang kering kontang tima panas2 tu.




Harga pulak sangat murah, kami order 2 pinggan nasi ambeng + 1 soto dan 3 minuman. Cuma RM15 sahaja.

Lepas dah isi perut..teruskan perjalan ke Kuala Selangor...tunggu cerita di sana pulak yer!

LaYaN GaMbAR OkkEy !!

Masa ni baru sampai Istana Budaya, 1st time sampai sini, harus snap gambar.

One of my best friend, Malia!

One of my boyfriend, FA kakakakaka!

Kat tangga depan nak masuk dewan tu.

Masa ni show dah habis, baru boleh ambik gambar.

Barisan pelakon.




Masuk je lah gambar ni sekali, masa gathering di Mc'd.


Ini lah my best friend ever....Ina, ketawa besar nampak.
Kawan2 mesti ada untuk menceriakan hari2 tertentu dalam hidup kita, selebihnya haruslah lebih kepada keluarga yang paling utama. Kawan baik saya dah semestinya seseorang yang saya kenali sejak lebih 10 tahun, saya tak mudah mesra dengan orang yang baru di kenali. Walau 1-2 tahun..tapi saya tak susah nak berkawan dengan sesiapa! Saya okkey saja!
Bye!


Thursday, March 4, 2010

NaK RaMbut PaNJanG!

Now hari2 waktu bangun tidor, si Feesa agak terhegeh2 dan crancky sikit.
Ngada2 pun iye...oleh itu mama telah warned dia tak boleh main petang2 di luar rumah, al maklum dia tengah jakun bebenor sebab dapat basikal baru.Tapi kesudahannya, lepas main moody tak tentu pasal, dan time bangun pagi mengada pulak. Hangen tau!
Tapi pagi ni ..elok pulak mood dia, sebab Umar Zidan yang kejutkan dia bangun tido, heheheheh! Mungkin jugak sebab semalam tak dapat dah main basikal baru...ha, behave sikit!
Masa sikatkan rambut dia pagi tadi..dia cakap "Icha tak nak potong rambut, nak rambut panjang sampai jalan raya"
ayayayayayaya! senang mama buat mop rambut ko nanti..adoi la!
I dont like yo!!

Wednesday, March 3, 2010

"ANTARA"



Ini cerita lama..last Jumaat, buat pertama kalinya saya menonton teater.Sangat best okkey...saya sangat teruja dan kagum...pentas dia bertingkat2 ngko! Jalan cerita buat saya insaf dan terpikir maksud tersirat yang benar2 belaka.
Yang tak best sebab kami dok atas sekali......hujung panggung..akibat dari beli tiket paling morah.So, next time, booking seat VIP..baru clear segala pemandangan!

Cerita lain yang best..off course la bila haku ni bergambar ngan hero Malaya atas tu...waaaa, berdebar2 dadaku. Dup, dap..dup..dap..masa snap gambor tu siap buat lawak haku nih...ku cakap..gambar ni mesti buat orang lain jeles.Tergelak pulak si budak Farhrin tu.
kakakakaka...well, you dont know me!

Penyanyi2 dalam teater ni pun sangat best..bila Jamal Abdillah menyanyi, semua tepuk tangan dan terasa macam bergema sungguh suaranya, bersemangat & bikin meremang gitu. Lagi satu...si Lan & The Typewriter tu (ngaperlah nama ko gitu dik??)Banyak lagu yang dia nyanyi dan suara dia sangat bersemangat dan power! Sangat power!

Habis show tu...ada sessi 'beramas mesra' ngan artis pulak, mula2 kami ni dok kerumun tangkap gambor jer..last minute tukar plan beli poster dan beratur mintak signature.Jumpalah si Nasha Aziz tu, which is so cute, si FA tu (siap salam ko..haram). Ziana Zain, Hattan, Si Typewriter tu, (haku suruh dia type poster haku, dia tak bawak type writer pulak..sajer buat lawak..dia gelak pulak..kikikiki)Wana (jUara LG) dan Iqwal.

Lagi nak cerita, kami ni sampai awal sangat, pukul 6.20 dah terpacak, so snap la kat sana sini. Nampak ramai artis, Azizah Mahzan (dia pun berlakon ANTARA jugak), Elly Mazlien (si Na O Mei tu), Den wahab (glamer ker??) Ebby Yus (yg hitam tu) A Galak (misai tebal) Farah Fauzana dan last sekali si Mak Hincik, kekekekek..Elly Suriaty, dia ni lawak betul..sian dia tarik diri di saat akhir, ku pulak pi tanya soalan cepuk ketupat, selamat tak kena hempuk ngan mak hincik ni.Kikikikiki!

Tung, tang, tung, tang....sampai umah 5 minit lagi pukul 1 pagi..si papa dah penat jaga budak Umar yang terjaga sejak pukul 1230..mereka tu tak biasa bila mama takde waktu malam.

Itu sahaja...next time kalau ada yang best..nak bawak Encik Am pulak..

Cuti sekolah ni ada teater tajuk "GAMAT" (minyak gamat tu ler), pelakon utama..Amy Mastura, teater tentang hidupan laut..sesuai untuk kanak2.



HoLiDaY pRoMoTiOn !!

hahahha..
bukan aii yang buat promotion..tapi banyak promotion untuk holiday this month, lagi lagi di Matta Fair 12-14 Mac ini.
So...sesiapa yang berhajat tu..bolehlah buat booking air ticket dan hotel2 di mana mana destinasi dalam dan luar negara.

Macam ai..seperti biasa...tak booking mana mana pun!! Kakakakaka...sajer jer nyibuk...nak habaq kat korang semua, kot ada yang terlupa..benornya hakak ni dok remind boss hakak..kot lah dia nak ke mana mana.senang hati akak dok opis ni.Kui..kui..kui..

Hajat di hati macam nak ke Langkawi end of this year..sekali bila terkenangkan Feesa nak masuk standard 1 next year..macam berdebar2 dengan perbelanjaan yang bakal di tanggung kelak.

So, apa kata aii start nyopping baju sekolah Feesa by this middle of 2010, hahahahaha...ai memang selalu over..!! over the rules sometimes...tapi bukanlah yang tidak2...masih dalam lingkungan yang boleh di terima radar lagi.

So, happy planning you all.......

aii ada plan baeeekk punya end of this March....

it's a party in the Shah Alam (sila nyanyi ala ala Miley Cirrus punye lagu party in the USa tu yerk)

Daaa!

Tuesday, March 2, 2010

He's 11 MoNtHs oLd !!

Hai...hampir terlupa nak update Umar Zidan yang dah masuk umur 11 bulan 25hb February yang lepas.Al maklum hari cuti duduk di rumah ...leka semedang mama ni.

So, milestone Umar dah semakin bertambah..
* sudah punya gigi 1 batang setengah di bawah, sejak itu..asiklah mengetip puting susuan dia..sakit tau.
* sudah sangat lasak memanjat dan turun tangga,
* pandai pulak melawak, dengan gaya mengundur laju ke belakang buat kami gelak jer.Ngade gitu..akekekekek!
* pandai angguk2 kepala...ntah kenapa nanti dia akan angguk2 kan kepala..macam orang paham jer.
*pantang nampak laptop atau keyboard PC..asik dia ketap ketup gaya macam orang menaip..kakakakak...satu subjek yang telah berjaya mama ajar.Belajar main internet.
* sekarang dia dah mudah tersenyum dan menegur orang..kalau dulu, serius saja.Perbandingan di buat dengan kakaknya Feesa yang peramah sejak lahir lagi.

Nanti mama tepek sini gambar Umar Zidan yg latest yer..sekejap ajer masa berlalu..dah nak setahun dah bulan ni.

Monday, March 1, 2010

OrDeR SaLMoN !!

Haaa..
pre-order salmon datang lagi.
siapa nak boleh contact Ammi atau email sahaja.

Syarat 2 :
1) No delivery at all, cuma atas persetujuan..Ammi akan tetapkan di suatu lokasi di mana2 yang boleh di tuju oleh semua orang.
2) Kena bank in deposit RM30 untuk satu keping. Satu keping berat nya adalah lebih dari 1kg, maka bakinya akan di selesaikan semasa pengambilan ikan.

No HP : 012-2361090
email : amminafeesa@yahoo.com

NaK BaRaNg FP !!

Haaa....
saya akan mempunyai beberapa stok barangan Fisher Price (FP) untuk di jual.
Antaranya, Aquarium Swing, Bouncer, Rocker dan baby cot mobile.
HArga sangat berpatutan, yang penting masih baru dan funtional.Cumanya not in the box.
Tunggu !!

HAi !!

Hallo all..
hujung minggu lepas, jadual hidup saya sangat packed dengan semua kenangan manis.
Hari Jumaat, saya pergi menonton teater buat pertama kalinya dalam hidup. Judulnya "ANTARA", paling best..dapat pulak hakak ni "beramas mesra" dengan main actornya..
Fahrin Ahmad lagi ngko..waa weee!! Terlupa pulak yang hakak ni dah kawin anak 2 orang tinggal kat umah. Nanti dah relax2 saya upload gambar.
Hari Sabtu pulak, kami bertolak untuk percutian pendek di Teluk Batik, tidur di chalet yang ala ala di dalam hutan belantara buat saya seram sejuk.Monkey pulak berkeliaran di sana sini.Ada pulak yang mengintai Umar Zidan di depan sliding door..adoi la..sumpah hakak tak pegi chalet tu lagi. Macam duduk kat kampung monkey okey, sebab mereka2 itu sangat banyak ekornya!!
Tapi nak bermandi manda di pantainya sangat okkey! Tak rugi pulak untuk itu..!
MAcam biasa..gambar menyusul nanti.

Nanti buat entry lain pulak. Bye.

Popular Posts